Rasulullah bersabda, sesungguhnya darjat penghuni Syurga yang paling tinggi dapat dilihat oleh orang-orang yang ada dibawah mereka, sebagaimana kalian melihat bintang yang terbit di hujung langit, dan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk dari golongan mereka dan yang paling baik (Sunan Tirmidzi Hadis No 3591)
Saidina Ali mengucapkan doa untuk Umar semoga dirahmati oleh Allah, kemudian Saidina Ali berkata: Tidaklah engkau meninggalkan seseorang yang lebih mengasihi diri engkau kecuali aku. Aku berharap dapat menjadi seperti dirimu ketika akan mengadap Allah. Demi Allah aku merasa yakin bahawa Allah akan mengumpulkanmu dengan kedua sahabatmu (Rasulullah serta Abu Bakar). Aku banyak mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Aku berangkat bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar (Sahih Bukhari Hadis no 3409)
Imam al-Nawawi rahimahullah mengulas: Hadis di atas menunjukkan kelebihan Abu Bakar dan Umar dengan disaksikan oleh Ali ke atas mereka berdua. Beliau memuji keduanya dengan kebaikan ketika wafatnya Umar al-Khattab radhiallahu ‘anhum ajma‘in
Inilah penyaksian Saidina Ali yang memberikan pujian ke atas Abu Bakar dan Umar radhiallahu anhuma. Maka ianya menjadi bukti betapa sesatnya golongan Syiah yang memiliki sikap berbeza daripada Saidina Ali sehingga sanggup menghina serta memusuhi Abu Bakar dan Umar. Padahal mereka berdua telah diberi pengakuan tentang keutamaan masing-masing oleh Saidina Ali radhiallahu anhu
No comments:
Post a Comment