Imam Al-Ghazali mengatakan:
"Cinta adalah benih kebahagiaan. Cinta kepada Allah dapat ditumbuhkan dan dikembangkan melalui ibadah. Ibadah dan zikir yang terus menerus akan mencerminkan tingkat pengendalian dan pengekangan nafsu badan.
Ini tidak bererti ia harus memusnahkan seluruh nafsu badan, kerana jika begitu maka ras manusia akan musnah. Namun, pemuas hasrat tubuh itu harus dikawal secara ketat.
Dan, kerana manusia bukanlah hakim yang terbaik untuk menghukum diri sendiri, maka ia harus merundingkan penetapan kawalan batasan-batasan itu kepada pembimbing rohani, yakni para Nabi.
Hukum yang mereka tetapkan berdasarkan wahyu Allah yang harus ditaati. Orang yang melanggar bererti telah menganiaya dirinya sendiri.
Ramai orang mengaku mencintai Allah, tetapi kecintaannya sama sekali tak teruji. Untuk menguji rasa cintamu, perhatikanlah kemana kau akan condong ketika perintah-perintah Allah datang bertepatan dengan hasrat keduniawianmu?
Orang yang mengaku mencintai Allah, namun tetap membangkang kepada-Nya, bererti pengakuannya itu dusta belaka."
---Imam Al-Ghazali, kitab Kimiya As-Sa'adah
SILA SHARE DAN SEBARKAN
No comments:
Post a Comment