nuff

Cari laman web

Google

LAMAN UTAMA

Bertemanlah dengan teman masuk kubur bersamamu

Kelak akan ada teman kita yang tidak hanya menemani kita di dunia, tapi ia akan menemani kita sampai di negeri akhirat.

Ya, teman kita itu adalah amal perbuatan kita semasa di dunia. JANGAN sampai hidup kita di dunia terlalu disibukkan dengan harta, anak dan isteri kita.

Ketahuilah, kelak hanya amal yang akan menyertai kita hingga negeri akhirat. Anak, isteri, dan harta kita akan meninggalkan kita ketika kita mati. 

Setelah mati, satu-satunya yang tetap berhubung dengan kita adalah amal perbuatan kita semasa di dunia.Harta merupakan ujian. 

Kerana itu, berhati-hatilah jangan sampai ujian itu melalaikan kita dari Allah. Isteri dan anak juga merupakan ujian seperti maksud firman Allah: "Di antara isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu." (QS. Al-Taghabun (64): 64)Ibnu Athaillah berkata, "Ketahuilah bahawa kau mempunyai 3 macam kawan: (1) Harta yang akan kau tinggalkan saat kau mati; (2) Keluarga, yang akan meninggalkanmu selepas kau dikebumikan; (3) Amal perbuatanmu, yang tidak akan berpisah denganmu. 

Kerana itu, berkawanlah dengan rakan yang masuk ke dalam kubur bersamamu dan senanglah bersamanya. 

Orang berakal adalah yang memperhatikan perintah dan larangan Allah.Kelak, tidak ada yang kita bawa mati selain amal perbuatan kita. Entah itu amal perbuatan baik atau buruk. 

Amalan apapun itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.Nabi SAW pernah bersabda (maksudnya), "Ada tiga kelompok yang mengikuti mayat: keluarga, harta dan amal. Dua kembali dan yang hanya satu mengiuti. Keluarga dan harta kembali, sementara yang tinggal bersamanya hanya amal perbuatannya. "(HR. Bukhari dan Muslim)Maka, apa lagi yang kita tunggu? 

Sudahkah kita mempersiapkan amalan terbaik untuk kita dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak? 

Atau selama ini kita hanya sibuk mengumpulkan harta yang tidak pernah kita bawa mati? Mari kita renungkan.Rujukan: Mengaji Tajul Ar'us Rujukan Utama Mendidik Jiwa / Karya: Ibnu Athaillah / Penerbit: Zaman

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...