Kejahilan dalam ilmu islam boleh menyebabkan seseorang itu terpengaruh dengan tindakan, penampilan, dan cara hidup orang kafir..
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yg diperkenalkan..
Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yg tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini..
Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu hukumnya haram untuk dipakai oleh muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar muslim dilaknat oleh Allah s.w.t..
Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka..
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w..
Hadis Imran bin Hussein r.a, bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat dari tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan..
"Apakah bendanya ini?"
Lelaki itu berkata..
"Ia adalah gelang perubatan.."
Rasullulalah s.a.w bersabda..
"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada dirimu, jika kamu mati dan benda itu ada pada dirimu, maka kamu tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.."
(Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad)
Haram bagi lelaki yang memakai gelang sebagai perhiasan diri menurut hukum syara`..
Hal ini berdasarkan hadith daripada Ibnu Abbas r.a katanya..
Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-niru gaya lelaki..
Gelang pada hari ini, melibatkan segelintir ustaz-ustaz, segelintir pegawai-pegawai kerajaan, segelintir menteri-menteri dan segelintir yg lain-lain..
Maka sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam..
Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki..
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah Plastik
5) Gelang Besi Magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)
Jenis-jenis gelang yang diharuskan..
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah BN/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah ditangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa
Jika ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment