Berkata guru kami Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti:
Antara kelebihan bulan Sya'ban adalah pada bulan ini turunnya ayat berkenaan selawat iaitu Surah al-Ahzab ayat 58. Firman Allah SWT:
'Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.'
Justeru, marilah kita -sama menzahirkan cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat dan mengikut sunnahnya.
Akhukum fillah,
SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.
No comments:
Post a Comment