✨Ganjaran besar Solar Sunat Qabliah (sebelum) subuh..✨
Nabi ﷺ bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.
Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.
[HR Imam Muslim - Sahih Muslim, Kitab Solaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725]
Bagi mereka yang tidak sempat buat solat sunat Qabliyah Subuh maka mereka boleh mengqadhanya dengan mengerjakannya setelah matahari terbit.
Dalil:
Daripada Abu Hurairah ra dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ لَمْ يُصَلِّ رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ فَلْيُصَلِّهِمَا بَعْدَ مَا تَطْلُعُ الشَّمْسُ.
Barangsiapa tidak sempat mengerjakan solat rawatib dua rakaat sebelum Subuh, maka hendaklah dia mengerjakannya setelah matahari terbit."
[HR at-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Solaah, hadis no: 388]
Dibenarkan juga untuk mengqadhakan solat Qabliyah Subuh itu sebaik sahaja selesai solat fardu Subuh.
Dalil:
Daripada Qais, dia berkata:
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ صَلاَةِ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلاَةُ الصُّبْحِ رَكْعَتَان.ِ
فَقَالَ الرَّجُلُ: إِنِّي لَمْ أَكُنْ صَلَّيْتُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا فَصَلَّيْتُهُمَا الآن.
َ فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Rasulullah ﷺ pernah melihat seseorang sedang mengerjakan solat sunat setelah mengerjakan solat Subuh. Baginda lalu bersabda: Solat subuh itu hanya dua rakaat.
Lelaki tersebut lalu berkata: Sesungguhnya tadi aku belum mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum (Qabliyah) solat Subuh, oleh itu aku mengerjakannya sekarang.
Rasulullah ﷺ mendiamkannya (menandakan baginda bersetuju)."
[HR Abu Daud dalam Sunannya, Kitab as-Solaah, hadith no: 1076]
Salam, boleh ustaz bagi status hadis di atas. Jzkk ust.
Jawapan:
Waalaikumussalam
Dalam status tersebut ada 3 hadith.
1. Hadith pertama riwayat Muslim adalah shahih.
2. Hadith kedua riwayat al-Tirmizi turut dinilai shahih oleh al-Imam Abu Hatim al-Razi.
3.Hadith tersebut dhaif. Al-Syeikh 'Abd al-'Aziz al-Tharifi daam Zawaid Sunan Abi Daud 'Ala al-Shahihain (juz 1 m/s 336, di bawah hadith no 1267 dan 1268. Cetakan pertama, tahun 1426 H. Maktabah al-Rusyd, Riyadh), berkata: "Sebetulnya pada hadith ini berlaku mursal".
# mursal - Terputus sanad antara tabiin dan Nabi shallallahu'alaihiwasallam.
Wallahua'lam.
#admin
Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith
No comments:
Post a Comment