Assalamualaikum semua.
Ini dia. Insan yang 'cukup' memberikan inspirasi buat saya. Sebenarnya saya dah lama stalk dia dalam diam. Rupanya dalam senyap dia juga follow saya. Hehe..
Mari saya kenalkan kepada kalian.
Nama penuh: Farihah Zulkifli
Umur: 21 tahun.
Anak ke: 2 dari 7 adik beradik.
Latar Belakang Akademik:
2002 - 2010
Pusat Pengajian Al-Quran Al-Itqaan, Ampang Selangor.
Darjah 1 - Tingkatan 3.
Tingkatan 1 (PMRU)
Tingkatan 2 (SMU)
2011 - 2012
SMI Al-Amin, Gombak
Tingkatan 4 - Tingkatan 5
SPM
2013 - 2016
Darul Quran JAKIM
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
PNGS : 4.0
PNGK : 3.73
Kenapa saya terinspirasi ?
Ini cerita yang beliau kongsikan dengan saya petang tadi.
1. Pengalaman Menghafaz:
Mula menghafaz pada Tahun 2002 ketika berumur darjah 1, khatam pada Tahun 2008 ketika berumur tingkatan 1. Mengambil masa selama 7 tahun untuk mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Menghafaz di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Itqaan, Ampang Selangor yang diasaskan oleh Dr. Mohd Shafie Md Amin dengan menggunakan kaedah Al-Huffaz. Cita-cita adalah untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang Al-Quran in shaa Allah.
2. Suasana Pengajian Darul Quran Pada Zaman Kini:
Alhamdulillah saya telah diberi peluang oleh Allah untuk melanjutkan pengajian diploma di Darul Quran JAKIM. Saya memilih untuk mengambil syukbah hadith kerana ianya salah satu bidang untuk mengenali dan merasa hampir dengan Rasulullah & para sahabat & para tabi'in. Juga dapat mengetahui bagaimana cara / metod untuk mengenal hadith2 sohih, hassan, doif, maudhu' serta untuk mengenal pasti tentang perawi2 pada sanad hadith.
Terlalu rindu pada ketenangan & kedamaian di Darul Quran, peluang untuk menyambung pengajian di Darul Quran JAKIM bagi saya adalah satu nikmat yang tidak mungkin sama dengan nikmat-nikmat lain di dalam diari hidup saya. Memang sebuah kenangan yang tidak ternilai. Segala puji-pujian buat pemilik alam yang menghadiahkan saya nikmat ini.
Dari segi geografinya, Darul Quran terletak agak terpencil dan tersorok di pekan kecil, Kuala Kubu Bharu Selangor .Tempatnya memang sunyi dan damai, dengan kiri-kanan bukit, tasik yang luas & tenang, ditambah pula dengan kedudukan strategik Masjid Darul Quran yang betul-betul ditepi tasik.
Dari segi suasana, di sini boleh dikatakan di setiap sudut, pasti akan bergema alunan suara-suara membaca al-Quran, tidak kira lah dimana pun, di tepian tasik, di masjid, di wakaf, di asrama dan di kelas. Tempat yang menjadi tumpuan pelajar selalunya adalah di masjid. Waktu favourite untuk menghafaz selain waktu kelas pagi, adalah waktu selepas Zohor sampai Asar dan waktu antara Maghrib & 'Isyak.
3. Kejayaan & Pencapaian Dalam Bidang Hafazan Al-Quran:
2016
1)Naib Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (PWTC) 1-30 juzuk
2)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1-30 juzuk
3)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1-30 juzuk
4)Johan Hafazan Al-Quran Islamic Festival Za'ba (IFEZ) di UKM, Bangi
2015
1)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Negara Asia (BRUNEI) 1-30 juzuk
2)Johan Hafazan Al-Quran Taj Waqar Saudi Arabia 1-30 juzuk
3)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (PWTC) 1-30 juzuk
4)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1-30 juzuk
5)Johan Hafazan Al-Quran Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan 1-30 juzuk
6)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1-30 juzuk
2013
1)Wakil Malaysia Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (JORDAN) 1-20 juzuk
2)Naib Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1-30 juzuk
3)Johan Hafazan Al-Quran Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan 1-20 juzuk
4)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Darul Quran 1-30 juzuk
5)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1-30 juzuk
2012
1)Anugerah Khas Al-Quran SMI Al-Amin, Gombak
2)Naib Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1-30 juzuk
3)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Gombak 1-30 juzuk
4)Tempat Keempat Hafazan Al-Quran Taj Waqar Saudi Arabia 1-20 juzuk
2011
1)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1-20 juzuk
2)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1-20 juzuk
3)Tempat Ketiga Hafazan Al-Quran Taj Waqar Saudi Arabia 1-30 juzuk
2010
1)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1-10 juzuk
2)Johan Tilawah Al-Quran Remaja Petronas
3)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1-10 juzuk
2009
1)Wakil Wilayah Persekutuan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1-5 juzuk
2)Johan Tilawah Al-Quran Remaja Petronas
3)Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan 1-5 juzuk
2008
1)Johan Tilawah Al-Quran Remaja Petronas
2)Syahadah Tahfiz Al-Quran 1-10 juzuk pangkat Mumtaz
4. Pendorong Utama:
Setiap kejayaan itu adalah anugerah & ujian daripada Allah. Ibu bapa saya adalah pendorong utama bagi setiap kejayaan yang dicapai. Juga doa daripada guru2 saya & rakan2 saya.
5. Tips Ringkas Menjaga Hafazan:
Pertama sekali adalah menjaga hubungan dengan Allah. Solat di awal waktu, lakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.
Yang kedua adalah menjaga hubungan dengan manusia terutamanya ibu bapa. Minta doa daripada mereka berdua kerana doa mereka adalah antara doa2 yang mustajab. Setiap pagi bangun awal, lakukan solat malam. Bagi penghafaz Al-Quran, amalan ini perlu diwajibkan ke atas diri masing2.
Mengamalkan zikir2 supaya mulut kita sentiasa ingat pada Allah & berselawat ke atas Rasulullah. Mulakan setiap hari kita dengan ayat suci Al-Quran. Perlu ada disiplin dalam mengulang Al-Quran, rangka jadual.
Masa yang terbaik untuk menghafaz Al-Quran adalah pada sebelum waktu subuh, selepas waktu subuh, antara maghrib dan isya', selepas solat isya' dan selepas tasmi'.
Jaga adab2 sebagai seorang penghafaz Al-Quran. Sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh & yang baik2 dan amalkan budaya memberi salam.
Sesiapa yang meninggalkan bacaan Al-Quran walau sehari, sebenarnya dia itu telah sombong pada Allah.
5. Pengalaman sedih:
Bila terlupa ayat quran rasa sedih sangat. Sebabnya satu saja iaitu maksiat. Quran tidak nak masuk dalam hati orang yang buat maksiat. Nur ila zulm. Laisal munasabah. Kadang-kadang ada rasa malas nak mengulang, cara atasinya banyakkan istigfar sebab itu permainan syaitan. Azam dalam diri kena kuat. Istighfar, suatu perkara yang dahsyat!
6. Pengambilan makanan & minuman:
Ambil makanan sunnah pada waktu pagi.
Sebelum makan breakfast, bangun je pagi minum segelas air. Ambil madu dan kurma. Pastikan makanan dan minuman yang masuk dalam perut adalah yang halal dan di perolehi melalui sumber yang halal.
7. Tips mudah untuk menghafaz al-Quran:
1) Niat untuk menghafaz al-Quran, untuk mendapat syurga & redha Allah, untuk mendapat syafaat al-Quran di hari akhirat kelak.
2) Mulakan dengan surah2 yang mudah terlebih dahulu. (disarankan untuk mula hafaz daripada juz 30 / dikenali sebagai juz 'amma, dimulai dengan surah2 yang pendek2 terlebih dahulu, tidak perlu ikut turutan surah, ambil yg mana dirasakan mudah)
فاقرأوا ما تيسر من القرأن
"oleh itu bacalah mana2 yg mudah kamu dapat membacanya daripada Al-Quran.
(Surah al-muzzammil : 20)
3) Setelah itu, lihat baki2 surah yang tinggal. (Jumlah keseluruhan surah adalah 114, jadi bila sudah hafaz contohnya 5 surah, maknanya baki yang tinggal berjumlah 109 surah, biasakan lihat baki surah supaya terus rasa semangat dan istiqamah untuk hafaz)
4) Baca dahulu ayat yang hendak dihafaz, lihat dengan teliti baris dan juga huruf2 ayat, lebih baik jika berguru.
5) Ulang2 ayat sebanyak 20x.
(Contohnya ayat 1-5 surah Yassin, ulang ayat2 tersebut sebanyak 20x, jika lebih, itu lebih baik)
6) Ayat yang baru dihafaz, jangan diulang waktu tersebut, takut kita jadi jemu, jadi pada waktu yang berkelapangan barulah ulang. Bila? While driving, semasa solat sunat qobliah & ba'diah, ketika memasak, sampailah betul2 mantap & ingat.
7) Setelah betul2 mantap, maka baru lah beralih kepada ayat yang seterusnya, biar lambat asalkan istiqomah dan ingat.
8) Sentiasa set kan dalam minda tentang sabda Rasulullah : "Sebaik2 kamu adalah yang belajar al-Quran & mengajarkannya"
Mungkin kita bukan di dalam list orang-orang yang mengajarkan al-Quran', tetapi at least kita ada sedikit bekalan untuk dibawa ke hadapan Allah nanti iaitu orang-orang yang belajar al-Quran'.
9) Seseorang itu tidak akan dapat belajar, kecuali dia snggup berkorban masa & tenaga, maintain dalam mengaji, sekalipun dia memperolehi 1001 tips, tapi jika diri sendiri tidak berusaha ke arah itu, maka dia tidak akan dapat.
8. Bagaimana boleh hafaz quran ?
Dahulunya saya lagsung tidak bercita2 untuk menghafaz alQuran kerana keluarga saya bukanlah berlatar belakangkan hafiz dan hafizah. Ayah saya bekerja sebagai pengurus projek di Syarikat Petronas Dagangan Berhad, manakala ummi saya bekerja sebagai seorang guru. Pada mulanya memang saya hadapi kesukaran dalam menghafaz, tapi Alhamdulillah berkat doa para murobbi, para ‘alim ‘ulama yang mengenali keluarga kami, juga sokongan padu daripada ummi dan ayah, saya telah berjaya mengkhatamkan keseluruhan alQuran di usia yang muda. Di dalam hadith ada menyebutkan bahawa penghafaz alQuran ini adalah merupakan golongan VVIP Allah S.W.T. Setinggi2 kesyukuran saya panjatkan hanya untuk Allah S.W.T kerana memudahkan saya. Kerana Dia saya terus thabat dalam bidang ini, dan kerana Dia jugalah saya diberi kekuatan.
9. SIAPAKAH INSAN YG DIJADIKAN SEBAGAI ROLE MODEL?
Rasulullah merupakan role model saya. Kerana baginda yang menerima wahyu alQuran ini daripada Allah melalui malaikat Jibril. Dan jika kita lihat, pada zaman dahulu, alQuran ni belum dibukukan lagi seperti zaman sekarang. Sekarang ni terlalu senang untuk kita dapatkan senaskhah alQuran, kita tinggal nk ambil, baca, hafaz dan hadam je. Berlainan situasinya dengan zaman Rasulullah dahulu, bagaimana baginda dan para sahabat boleh menghafaz dan menjaga ayat-ayat alQuran sehingga boleh sampai kepada kita hari ini? Pelbagai cabaran dan kesusahan yang mereka hadapi tetapi alQuran masih terpahat di hati mereka dan mereka mengamalkannya.
10. CABARAN YANG DIHADAPI UTK MENGEKALKAN HAFAZAN
Sememangnya setiap hafiz dan hafizah mempunyai berlainan cabaran yang diberikan oleh Allah. Antara cabaran yang terbesar bagi seorang hafiz adalah apabila dia hendak memelihara hafazannya supaya tidak hilang atau lupa. Melupakan hafazan al-Quran setelah menghafaznya adalah suatu dosa di sisi Allah S.W.T. Amaran keras ini telah pun diperjelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dalam sebuah hadisnya yang bermaksud:
“Sesiapa yang menghafaz al-Quran kemudian dia lupa nescaya dia
akan berjumpa Allah di hari kiamat dalam keadaan berpenyakit
juzam (kusta) dengan terpotong-potong tangannya.”
( Hadith riwayat abu Dawud dan Tirmidhi)
Seorang penghafaz Quran itu mestilah mengetahui faktor/punca yang menyebabkan hafazannya lemah. Saya ada membuat sedikit kajian tentang faktor2 yang melemahkan hafazan dan saa bahagikan kepada dua faktor:
1) masalah dalaman
2) masalah luaran
Masalah Dalaman (Internal) adalah masalah yang wujud dari dalam diri seseorang penghafaz alQuran tu sendiri. Yang dinamakan manusia ni, memang tidak akan terlepas daripada godaan dunia juga bisikan syaitan yang sentiasa menghasut manusia supaya futur daripada jalan kebaikan.
Antara masalah dalaman ni adalah:
a. Cintakan dunia dan terlalu sibuk dengannya
Orang yang sibuk dengan perkara keduniaan, dia tidak akan dapat melapangkan masanya untuk alQuran juga untuk mengulangkaji hafazan. Kegagalan mengulangi bacaan yang telah dihafaz akan menyebabkan hafazan hilang sedikit demi sedikit daripada ingatan.
b. Hati yang kotor dan banyak melakukan maksiat.
Menghafaz alQuran ni akan dapat menerangi hidup pembacanya jika dilandasi oleh hati yang bersih daripada kotoran maksiat. Jadi menghafaz alQuran ni tidak mungkinlah dilakukan oleh orang yang berhati kotor kerana kitab ini adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. yang maha suci, dibawa oleh malaikat yang suci, dan diberikan kepada Rasullulah S.A.W. yang suci dan diturunkan ke tanah yang suci. Kekotoran hati ini adalah mengikut perlakuan maksiat yang dilakukan oleh seseorang. Apabila hati sudah kotor maka hafazan terhadap alQuran akan berkurangan sehinggalah ke peringkat hati yang hitam gelap yang mana akan membuat seseorang itu jauh daripada alQuran.
c. Tidak sabar, malas dan mudah berputus asa
Menghafaz alQuran ni memerlukan kesabaran, ketekunan dan semangat yang tinggi. Jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah. Allah akan bantu hamba2 Dia yang dekat dengan Quran ni. Sebelum seseorang tu mula menghafaz al-Quran, hendaklah dia tahu dan yakin terlebih dhulu mengenai tujuan dan kelebihan menjadi seorang hafiz. Apabila sudah memahami tujuan dan kelebihan menghafaz al-Quran, barulah seseorang itu menjadi lebih bersedia untuk menghafaz dan melapangkan sebahagian masanya untuk alQuran. Dan segala bentuk halangan, cabaran dan kesusahan yang dialami akan dapat diatasi dengan tabah dan sabar kerana untuk mendapatkan ganjaran syurga itu bukannya mudah.
Masalah Luaran (External) pula tidaklah seberat masalah dalaman. Sebabnya ramai je org kafir atau orientalis yang tidak beriman mampu untuk menghafaz keseluruhan al-Quran. Tunggak kejayaan adalah datangnya daripada keinginan yang kuat dalam diri seseorang itu. Namun jika dia berjaya melepasi masalah dalaman, maka dia akn mampu utk mengatasi masalah luaran.
Antaranya adalah :
a. Tidak mampu membaca dengan baik
Adalah baik bagi seseorang itu melancarkan bacaan al-Quran terlebih dahulu barulah menghafaznya.
b. Tidak mampu mengurus masa
Penghafaz yang tidak mampu untuk mengurus masa dengan baik, dia akan rasa asyik xcukup masa je. Jadi seorang penghafaz alQuran itu perlulah mendisiplinkan diri, membuat jadual ulangan hafazan dan melapangkan sebahagian masanya untuk alQuran.
c. Sukar membezakan ayat-ayat Mutasyabihat
Al-Quran ini merupakan mukjizat daripada Allah S.W.T, yang mempunyai ayat-ayat
yang sama dari segi makna dan lafaznya. Ayat2 Mutasyabihat ini bermaksud ayat2 yang mempunyai persamaan sama ada secara keseluruhan /separuh daripadanya. Ayat2 ini kadangkala adalah sama seratus peratus dan pada tempat yang lain ianya berbeza hanya pada satu huruf sahaja.
Satu kata2 saya “Seseorang penghafaz alQuran belum dikatakan mahir dengan hafazannya selagi dia tidak menguasai keseluruhan ayat2 Mutasyabihat yang ada di dalam alQuran”
11. BAGAIMANA CARANYA MENARIK MINAT ANAK2 MUDA UTK MINAT DGN ALQURAN?
Salah satu caranya adalah kita beritahu anak2 kita tentang kelebihan menghafaz, dan ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kepada ahli2 alQuran. Kita terapkan dalam jiwa anak2 kita tentang kelebihan2 alQuran itu sndiri. Cara terbaik adalah setiap kali selepas solat berjemaah bersama2 dengan keluarga, ibu bapa memainkan peranan untuk menyentuh sedikit tentang kisah2 yang terdapat dalam alQuran. Ceritakan tentang proses kejadian manusia, ceritakan tentang hari akhirat, ceritakan fakta2 sains yang ada dalam alQuran yang mana baru hari ini para saintis menemuinya, padahal alQuran ini telah pun wujud sejak zaman Rasulullah lagi. Katakan kepada anak2 bahawa waktu muda ni adalah waktu yang sesuai untuk hafaz alQuran kerana mereka memiliki ingatan yang masih segar, masih tidak bergelumang dengan dosa, diri masih bersih dan suci.
12. BAGAIMANA MURAJAAH HAFAZAN?
Saya ada membuat jadual ulangan hafazan saya sendiri. Saya membahagikan mengikut maqra’2x. Contohnya dalam masa seminggu tu, hari isnin saya akan mengulang maqra’ 1&2 bermula drpd juz1-juz5. Kemudian pada hari selasa, maqra’ 1&2 pada juz6-10 pula. Dan seterusnya begitu sehinggalah hari sabtu habis 30juz.
(6hari X 5juz sehari = 30juz)
(dlm sebulan ada 4mnggu X 2maqra’ setiap minggu = 8maqra’)
*setiap juz mempunyai 8maqra’
Pada hari ahad, saya akan minta kepada sesiapa untuk tasmik/tebuk. Kaedah tebuk ni sebenarnya lebih memantapkan hafazan, sebabnya kalau kita tasmik dengan orang lain ikut turutan dari awal surah hingga akhir,dari awal juz hingga akhir, jadi kita seperti bergantung kepada muka surat, seperti follow sequence. Jadi kalau dah biasa ditebuk, kita akan lebih cepat pick up, ayat ni di mana, dalam surah apa, dlm juz berapa dan cara ini lebih memantapkan hfzan (masyi).
13. BAGAIMANA CARA UTK MENGUKUHKAN HAFAZAN ALQURAN?
Kita perlu mendisiplinkan diri kita, maksudnya kita buat jadual ulangan sendiri mengikut kemampuan kita sndiri. Sebenarnya banyak cara untuk mengukuhkan ni, antaranya kita taqarrub kepada Allah, jaga hubungan dengan Allah dan juga makhluk. Kita minta kepada orang lain untuk mendoakan kita khususnya doa daripada ibu bapa, doa daripada ibu bapa ni Allah pasti akan makbulkan. Juga minta kepada rakan2 kita utntuk mendoakan kita. Kerana apabila seorg sahabat mdoakan sahabatnya yang lain dalam keadaan sahabatnya itu tidak tahu, doanya itu juga in shaa Allah akan dimakbulkan.
14. BAGAIMANA MENGAGIHKAN MASA ANTARA ALQURAN DGN PEMBELAJARAN2 YG LAIN?
Seperti yang saya sebutkan sebelum ni. Rangka jadual harian kita sndiri. Bila waktu mengaji alQuran, mengaji bersungguh2. Bila waktu belajar madah/subjek2 lain, belajar bsungguh2. Saya menggunakan masa2 tertentu untuk mengulang alQuran :
1) sebelum subuh 2) selepas subuh
3) antara slps maghrib dan isya’
Bila kamu mengatur masa untuk dekat dengan Allah, automatically Allah yang atur masa kamu. Alhamdulillah masa cukup je sentiasa.
*Seimbangkan antara alQuran dan juga pembelajaran.
15. APAKAH KESAN YG NYATA /KELEBIHAN YG DIRASAI SLPS BERGELAR HAFIZAH?
Jika kita tanya kepada orang yang dah khatam alQuran, mereka pasti ada suatu perasaan yang mana orang lain tidak akan dapat rasa perasaan tu, suatu perasaan yang lain. Rasa sperti ‘kita boleh pegang dunia ni’ dan itulah perasaan pertama yang saya rasakan setelah bergelar seorg hafizah.
16. PANDANGAN TERHADAP KONTEKS MENGHAFAZ, SETERUSNYA MEMAHAMI DAN MEMPRAKTIKKAN APA YG TERKANDUNG DLM ALQURAN.
AlQuran ni mempunyai tingkatannya yang tersendiri.
1)baca
2)hafaz = bukan semua orang boleh dapat nikmat mhafaz alQuran ni, org yang Allah pilih sahaja, jadi bagi sesiapa yang sudah menghafaz, banyakkan bersyukur, kerana yang bagi ingat alQuran ni hanyalah Allah. Jangan ingat kita boleh ingat alQuran ni hasil usaha kita sndiri, semuanya datang daripada Allah, Dia Cuma meminjamkan sebentar kepada kita.
3)tadabbur = perlukan kepada guru untuk memberi tunjuk ajar, jangan belajar sendiri2. Rujuk kepada kitab2 lain seperti kitab “Fi Zilalil Quran” untuk kita lebih memahami apa sebenarnya yang tkandung dalam alQuran dan dapat mengetahui sebab2 nuzul ayt2 alQuran.
4)amal = ini adalah peringkat paling tertinggi bagi seorang penghafaz alQuran apabila dia boleh mengamalkan alQuran dan menjadikan alQuran ini sbagai ‘pakaian’ nya dalam kehidupan sehari-hari.
17. PENGALAMAN KETIKA BERTANDING HAFAZAN QURAN.
Saya mula menjinakkan diri untuk masuk pertandingan ni seawal umur 12tahun lagi. Tahun pertama masuk, biasalah xde pengalaman lagi. Saya mendpt saguhati di peringkat saringan wilayah psekutuan. Setelah mengalami kekalahan yang ptama tu, saya berazam untuk menang pada ptndgn2 yang sterusnya. Alhamdulillah pada umur 13 tahun. Saya dapat ke peringkat kbgsaan yang blgsung di kelantan pada ketika tu mwakili wilayah psekutuan kategori 1-5 juz. Sterusnya pada umur 14 tahun, sekali lagi saya dapat ke prgkt kbgsaan, blgsg di melaka utk ktegori 1-10 juz pula dan mewakili wilayah psekutuan. Pd thun berikutnya semasa saya brumur 15 tahun, sy sekali lg dpt ke prgkt kbgsaan yg blgsg di pahang utk ktegori 1-20 juz pula dn mewakili wilayah psekutuan. Dan yg terkini adalah pd tahun 2013. Saya bjaya ke prgkt kbgsaan yg blgsung di pulau pinang, sy mwakili wilayah psekutuan dan bjaya mdpt tmpt yg ke2 pada wktu itu.
Dan saya telah dihntar utk bertanding ke prgkt antarabangsa yg blgsg di Amman, Jordan. Banyak pengalaman ketika saya berada di Jordan. Dpt bkenalan dgn sahabat2 dr pelbagai negara. Berkomunikasi dgn mrk, saling bkongsi dan btukar pndpt tntg kaedah hfzan dan cara mrk mengulang hfzan. Dan btnding di luar negara ni tdk sama dgn btnding di dlm negara. Kerana semuanya hebat2 belaka, masyi2 belaka. Dr situ kita dpt bljr cara bacaan mrk, lagu2 dan burdah, sebutan2 hruf dgn mnggunakan lahjah arab. Dan apa yg sy tertarik dgn style org2 arab ni adalah, mereka suka dgn bacaan yg sdap dan lancar dan dia akn biarkan pserta tu baca lama sedikit. Jika sepatutnya satu soalan hanya perlu baca stgh m/s, tp kalau dia dh suka dgn bacaan seseorg tu, dia akn biarkan peserta tu baca sehingga 1m/s stgh. Pengalaman ni mngajar sy utk terus bergiat aktif dlm bidang Quran. Dan ptndgn ni adalah mjadi suatu push factor utk kita mmantapkan hfzan alQuran.
18. APAKAH AMALAN/PETUA YG DIAMALKAN UTK MENGEKALKAN HAFAZAN?
1) Sy mngamalkan apa yg para salafus soleh dlu ad lakukan. Iaitu setiap kali slpas solat. Sama ada solat sunat atau solat fardhu, ltakkan tgn kanan ats ubun2 kepala dan bca ayt 6 surah al- a’la sbyk 7 kali. (سنقرؤك فلا تنسى) Yg bmaksud : “Kami sentiasa mjadikan engkau wahai Muhammad supaya dpt mbca alQuran yg dtrunkan kpdmu yakni dgn perantaraan Jibril, sehingga engkau mhafaznya dan xlupa”.
2) Setiap kali solat, semasa sujud yg terakhir. Sujudlah lama sdikit, doa mintak kpd Allah spya diberikan igtan yg kuat, spy diberikan kekuatan utk mjaga kalamNya, spy dpt mengamalkan ap yg dihafaz dan ap shj yg kte mahu. Allah pasti mndgr dan pasti memakbulkan, cumanya lmbt atau cpt ataupun Allah gntikan dgn sesuatu yg lebih baik. Bila bdoa tu, yakin bhw Allah akn mmakbulkan, itu adalah janji Allah. Surah Ghafir ayt 60. (وقال ربكم ادعونى أستجب لكم) Yg bmaksud : “Dan TuhanMu berfirman berdoalah kamu kpdKu nescaya akn aku perkenankn kpdmu”.
3) Amalkan zikir2
a)zikir utk Allah (سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم)
b)zikir utk Rasulullah ( اللهم صل وسلم على نبينا محمد وعلى اله)
c)zikir utk keampunan diri ( أستغفر الله وأتوب إليه )
*Lakukan ni setiap hari, in shaa Allah byk kelebihan yg kita akn dpt.
4) Bykkn makan kurma,madu dan mnum susu kambing. Klau boleh semua pemakanan sunnah tu kita amalkan. Sbb semua yg Rasulullah ajar tu punya kebaikan dan manfaatnya tsendiri. Dpt pahala lg sbb ikut sunnah Rasulullah.
5) Bgun solat mlm. Kita semua ni merupakan daie yakni pendakwah. Dlm kata lain mengajak, mengajak ke arah kebaikan. Lg2 bg penghafaz alQuran, xkn lari drpd mengajak org lain utk sama2 mlaksanakan ap yg telah termaktub dlm Quran. Dakwah dan solat mlm ni sbnrnya satu komponen yg xdpt dipisahkan. Sbb ap? Cuba kte lihat pd surah muzammil dan mudatsir. Perasan x dua surah ni Allah seru dgn satu kalam yg sama makna iaitu wahai org yg berselimut, tp dua kerja yg bbeza dlm kedua2 surah ni. Satu Allah sruh bangkit beri peringatan dan satu lg ALLAH sruh bangkit utk solat mlm. Seolah2 Allah seru org yg sama tp Allah sruh buat dua kerja. Rasulullah, para sahabat, tokoh2 duat sperti salahuddin al ayubi semua rata2 tunjang utama mrk adalah solat mlm. Mmg itulah sbnrnya kekuatan utama seorg daie dan phafaz alQuran. Sy bkn kata mewajibkan, kerana itu akn mengubah hukum asal dia, tp bg sy mmg daie dan solat mlm xpatut dijadikan perkara asing..sekurang2nya kita sama2 niat tekad setiap hari mnggu adalah hari aku mwajibkan diri aku utk solat mlm.
6) Sy membayangkan bhw Rasulullah sentiasa ada ke mana shj saya berada, sy mbayangkan dia melihat sy,jd jika sy tidak menjaga alQuran, sy mbuat perkara2 lagha, adakah baginda akan tersenyum bahagia melihat tingkah laku sy? Jadi ia menjadi pemangkin kpd sy utk terus mjaga hfzan alQuran sy.
PENUTUP
Akhir kata, alQuran ini adalah2 satu2nya modul yg dpt melahirkan manusia yg paling bijaksana, juga yg paling mulia, ttpi kebanyakan manusia mngambilnya sambil lewa.
Firman Allah : ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين Maksudnya : “Kitab ini (alQuran) tiada keraguan padanya, petunjuk bg org2 yg bertaqwa”
Siapakah org2 yg bertaqwa? Iaitu org2 yg paling mulia di sisi Allah.
Firman Allah : إن أكرمكم عند الله أتقاكم Maksudnya : “Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah org yg paling bertaqwa”
Tetapi dlm Firman Allah yg lain : وقال الرسول يا رب إن قومى اتخذوا هذا القران مهجورا Maksudnya : “Dan Muhammad berkata : Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan alQuran ini diabaikan (diambil sambil lewa)”
Saya ingin mengajak kita semua muhasabah bersama2. Adakah sy mengambil Quran ni smbil lewa? Adakah sy, keluarga sy, anak2 sy fasih membaca alQuran, fhm isi kandungannya, mengamalkannya/sebaliknya? Jika Rasulullah ada bersama kita skrg ini, adakah baginda gembira melihat kita? Apakah perasaan baginda? Fikir2kan.
Saya menyampaikan tidak bermakna saya seorang maksum.
“Jika org yg berdosa xboleh mberi peringatan dan nasihat kpd manusia. Maka siapakah yg akn menasihati org2 yg bbuat derhaka setelah nabi Muhammad? Kerana setiap manusia tu xkan tlepas drpd bbuat dosa, tiada seorg pun yg sempurna.”
Semoga bermanfaat untuk ummah
اللهم بَلِّغ اللهم فَاشْهَد
"Ya Allah, aku telah mnyampaikan, maka persaksikanlah"
- Farihah Binti Zulkifli.
Di hujung perbualan saya sempat bertanya soalan cepumas kepada dia. Ciri2 lelaki bagaimana yang dia sukai ?
Katanya:
1. Sabar terhadap perempuan
2. Hormat orang tua
3. Kasihi orang muda
4. Rajin mengemas
5. Cintakan majlis ilmu
Paling penting
Biar jiwa dia cintakan Allah dulu. (Kalau Allah berikan seorang hafiz lagi baik.)
Semoga beroleh ibrah yang banyak.
Mari sebarkan ke seisi dunia!
Katakan pada anak muda, martabatkanlah quran.
Lots of love,
Kak Hassanah.
14. May. 2016
Keningau, Sabah.
#FreeMention
#SebarkanIbrah
2 comments:
Maasyaa Allaah... Tabaarakallaah...
Jazakillah khairan, sangat menginspirasi cerita kak Farihah. Semoga saya bisa menyelesaikan 30 juz. Aamiin.
Semoga Allah pertemukan kita di Jannah-Nya :)
syukranm kathiran atas perkongsian ini..moga Allah sentiasa menaungi empunnya blog dengan rahmatNYA yang luas..amin
Post a Comment